Pilih Bahasa

Tun Juhar terima kunjungan hormat Pengerusi Airwael (M) Sdn Bhd

Navamoney (tiga dari kiri) dan rombongan bergambar kenangan bersama Tun Juhar (tiga dari kanan). Gambar SNT/Ehsan Penerangan

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Syarikat Airwael (M) Sdn Bhd, Mohammed Norri Karim di Istana Negeri, pagi tadi.

Kunjungan berkenaan turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Navamoney Sinnasamy, bertujuan untuk menerangkan perancangan dan hala tuju syarikat berkenaan di negeri ini pada masa depan.

Navamoney (kanan) memberi penerangan berkenaan syarikat berkenaan kepada Tun Juhar (kiri). Gambar SNT/Ehsan Penerangan

Airwael (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2011 merupakan sebuah syarikat tempatan yang menawarkan perkhidmatan hub penerbangan. /PENERANGAN.