Pilih Bahasa

TUNGGAKAN IPG 7 BULAN DIBAYAR KEPADA PENOREH GETAH SABAH 30 JANUARI INI-JUNZ WONG

Oleh Chris Maskilone


KOTA KINABALU: Tunggakan  insentif pengeluaran getah (IPG) bagi bulan Mei hingga November 2018 akan dibayar kepada 20,000 penoreh getah di Sabah 30 Januari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Junz Wong berkata peruntukan sebanyak RM15 juta telah diterima daripada Kementerian Industri Utama bagi tujuan tersebut.

Junz mempengerusikan mesyuarat antara kementerian beliau dan Kementerian Industri Utama. Gambar SNT/Ehsan MAFI

Manakala, pembayaran insentif bagi bulan Disember 2018, Junz berkata Lembaga Getah Malaysia (LGM) kini hanya menanti kelulusan daripada Ketua Setiuasaha Kementerian Industri Utama.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama dengan pegawai dari Kementerian Industri Utama, MAFI, LGM dan Lembaga Industri Getah Sabah berkenaan penyelesaian tunggakan IPG di Sabah.

Junz turut menyeru agar agensi negeri dan persekutuan di Sabah dapat bekerjasama dengan lebih baik demi kebaikan berterusan bagi pekebun kecil di Sabah.-SabahNewsToday