Pilih Bahasa

Tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China – Madius

Oleh Chris Maskilone

TAMPARULI: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengesa rakyat Sabah supaya tekun belajar dan menuntut ilmu sejauh mana pun ilmu itu berada umpama ungkapan tuntutlah ilmu hingga ke Negeri China.

Madius berkata demikian semasa ucapan perasmian Pesta Ang Pow SJK (C) Kok Wah Talibong, di sini baru-baru ini.

Madius (tengah) sedang memerhatikan kemahiran dua ibubapa berketurunan KDM menulis kaligrafi sambil diperhatikan oleh gurubesar SJKC Kok Wah Talibong Lee Mun Lee (dua kiri). Gambar SNT/Ehsan KPP

Semasa perasmian tersebut, Madius juga turut memuji kaum KDM yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan Cina untuk belajar bahasa Mandarin iaitu bahasa perantara kedua terbesar selepas Bahasa Inggeris.

Menurutnya kemahiran dalam bahasa tersebut  sudah tentu akan menjadi satu aset bagi anak-anak KDM tersebut kerana ia akan memudahkan mereka berkomunikasi dengan rakyat China terutama dalam bidang perniagaan apabila mereka membesar kelak.

Semasa perasmian tersebut, Madius juga turut menyampaikan angpow kepada murid-murid sekolah tersebut seramai 188 murid.-SabahNewsToday