Pilih Bahasa

TYT Sabah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri.

Oleh Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kira-kira 5,000 jemaah di Masjid Negeri Sabah, di sini, pagi tadi.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Sabah, hari ini. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni tiba di masjid itu pada jam 7.20 pagi diiringi Menteri Undang-Undang Dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokhtar, Mufti Negeri Sabah, Datuk Aziz @ Jaafar Hj Bongsu serta wakil kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin (lima dari kanan) menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri Sabah, hari ini. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Solat diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sabah Suhaidi Hj Kuanting. Manakala, khutbah bertajuk ‘Syawal Yang Disyukuri’ disampaikan oleh Mufti Negeri Sabah.

Selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri, Tun Juhar bersalaman bersama jemaah di masjid berkenaan. -SabahNewToda