Pilih Bahasa

UMS raikan Kaamatan Raya bersama Media

Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

CENDERAMATA … Pengerusi Sabah News Today, Zakaria Damit menerima cenderamata daripada Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) Datuk K Y Mustafa sempena majlis Kaamatan Raya UMS bersama Media di Ming Garden malam tadi.

Mustafa bersama Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin (kiri) menjadi hos kepada pengamal media Sabah untuk sama-sama meraikan perayaan Pesta Kaamatan dan juga Hari Raya Aidil Fitri.

Dalam ucapan alu-aluan beliau, Prof Kamarudin mengucapkan terima kasih kepada pengamal media Sabah atas sokongan dan kerjasama diberikan selama ini kepada UMS.

Beliau berharap kerjasama dan sinergi antara media dan UMS yang akan menyambut ulangtahunnya yang ke-25 pada tahun ini akan berterusan.-SabahNewsToday