Pilih Bahasa

Unduk Ngadau Kaamatan negeri dapat tajaan hadiah RM120 ribu dari UniRazak

KOTA KINABALU: Tiga pemenang utama pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan negeri tahun ini bakal mendapat tajaan hadiah bernilai RM120,000 daripada UniRazak.

Tajaan itu termasuk hadiah wang tunai dan juga biasiswa pengajian.

Juil (enam dari kanan) selaku penaung jawatankuasa Unduk Ngadau 2019 menerima cek replika RM120,000 tajaan UniRazak daripada Amil (lima dari kanan). Turut bersama ialah Ratu Unduk Ngadau 2018, Hosiani Keewon (enam dari kiri). Gambar SNT/Ihsan Kolej Sidma

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif UniRazak Amil Izham Hamzah di bangunan Kolej Sidma di Penampang baru-baru ini.

Hadir sama Pengasas dan Pengerusi Kolej Sidma Dr. Morni Kambrie, penaung Jawatankuasa Unduk Ngadau 2019 Datuk Juil Nuatin dan Ratu Unduk Ngadau 2018 Hosiani Keewon.-SabahNewsToday