Pilih Bahasa

Unit Pemusnah Bom berjaya musnahkan bom tinggalan Perang Dunia Kedua

Oleh Alfred Petrus

Bom tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui. Gambar SNT/Ihsan Polis

KOTA KINABALU: Sebutir bom dipercayai bom tinggalan zaman perang dunia kedua berjaya dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) pada awal pagi hari ini di Kampung Lobong, Pulau Gaya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata bom berkenaan dimusnahkan di lokasi penemuan pada pukul 11.30 pagi tanpa sebarang perkara perkara tidak diingini berlaku.

Bom tersebut ditemui oleh seorang lelaki tempatan berumur 56 tahun semasa sedang menggali kubur di tanah perkuburan Kampung Lobong, Pulau Gaya pada pukul 5 petang semalam.

Polis memasang garis kuning sebagai langkah keselamatan di kawasan penemuan bom. Gambar SNT/Ihsan Polis

Setelah pemeriksaan dibuat, pihak polis mengesahkan bahawa objek berkenaan adalah bom zaman perang kedua yang berukuran kira-kira 13 inci dan ukur lilitnya 12 inci.

Langkah keselamatan dilakukan polis dengan memasang garisan kuning polis sekitar kawasan penemuan bom. -SabahNewsToday