Pilih Bahasa

UPDATE: MAYAT ANGGOTA SUKARELAWAN APM DITEMUKAN DI SUNGAI KINABATANGAN

Oleh Mohd Nazllie Zainul

Abdul Rahman Nor Sirat. – Gambar SNT / Ihsan APM Kinabatangan

KINABATANGAN: Mayat anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Abdul Rahman Nor Sirat, 40, yang disyaki dibaham buaya di tepi Sungai Kinabatangan, semalam ditemui kira-kira satu kilometer daripada lokasi mangsa dilaporkan hilang. 

Ketua Pegawai APM Zon Sandakan, Leftenan Ahmad Roslan Mohd Kamel ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat anggotanya itu kira-kira pukul 3.46 petang tadi.

Bagaimanapun, Ahmad Roslan berkata pihaknya dan anggota bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk membawa naik mangsa berikutan terpaksa mengusir seekor buaya berhampiran mayat mangsa.

Mayat anggota sukarelawan APM yang dibaham buaya di Sungai Kinabatangan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Gambar SNT/ Ihsan APM Kinabatangan

Beliau menyatakan mayat dijumpai dalamckeadaan tangan kanan dan kaki kiri hilang dipercayai akibat dibaham buaya.

Ahmad Roslan berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa dipercayai keluar menjala udang seorang diri di sungai terbabit yang terletak berhampiran kawasan Tanjung Bulat sebelum disyaki diserang reptilia berkenaan. – SabahNews Today