Pilih Bahasa

[Update] Puluhan bomba bertungkus lumus padam kebakaran

Oleh Nasrawati Syarifuddin

TAWAU: Puluhan anggota bomba dikerah bagi memadamkan kebakaran di Kampung Tanjung Batu, Otentik, di sini, malam tadi.

Sehingga kini, seramai 31 anggota termasuk pegawai dan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bertungkus lumus memadam kebakaran yang memusnahkan lebih 100 rumah.

Rumah-rumah yang hangus terbakar di Kampung Tanjung Batu, Otentik, Tawau. Gambar SNT/sumber media sosia

Turut membantu memadam kebakaran dari BBP Kunak dan Pasukan Bomba Sukarela Merotai.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Nur Mardiah Hussin, 32 ketika dihubungi berkata kebakaran bermula berhampiran rumahnya sebelum merebak ke rumah bersebelahan.

“Ketika kejadian, saya bersama bapa berada di dalam rumah dan terkejut rumah berdekatan terbakar.

“Hanya buku-buku pembelajaran murid, dokumen dan komputer dapat diselamatkan. Barangan lain semuanya musnah kerana api cepat merebak,” katanya yang merupakan guru besar di salah sebuah Sekolah Agama Rakyat di Tawau. -SabahNewsToday