Pilih Bahasa

[UPDATE] Wanita maut jatuh dari tingkat enam pusat beli belah

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Seorang wanita berasal dari Sarawak ditemui maut dipercayai jatuh dari tempat letak kereta tingkat enam di pusat membeli belah Centre Point, kelmarin (Ahad).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji mengesahkan kejadian yang berlaku sekitar pukul 9.45 malam itu.

Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita yang ditemui di kaki lima sebuah kompleks beli-belah di Kota Kinabalu, sebentar tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Hasil siasatan awal di lokasi, Habibi berkata pihaknya turut menemui kunci kereta di tangan mangsa yang berumur 39 tahun itu.

Selain itu, kad pengenalan mangsa yang menunjukkan dia berasal dari Sarawak turut ditemui.

Sementara itu, Habibi menjelaskan bahawa siasatan kes berkenaan masih berjalan.

Mayat wanita berkenaan dibawa ke QEH1 untuk bedah siasat. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Pihaknya juga masih menyiasat sama ada mangsa membunuh diri, terjatuh atau terdapat punca lain.

Berdasarkan rakaman litar tertutup pusat membeli belah berkenaan, mangsa meletakkan kenderaannya di tingkat enam.

Pihak polis juga sedang memeriksa kenderaan mangsa.

Beliau berkata tiada saksi yang ditemui atau tampil di lokasi kejadian setakat ini.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Satu bagi tujuan bedah siasat. -SabahNewsToday