Pilih Bahasa

UPKO TERIMA PERLETAKAN JAWATAN BOBBEY SUAN

Oleh Chris Maskilone

SEBULAT SUARA… Tangau (tengah) mempengerusikan mesyuarat, dengan Timbalan Presiden Datuk Donald Mojuntin (kanan) dan setiausaha agung Nelson Angang.

PENAMPANG: Majlis Tertinggi Upko hari ini menerima peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Nabawan Datuk Bobbey Suan daripada parti.

Keputusan sebulat suara itu diambil setelah penjelasan daripada Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau semasa mempengerusikan mesyuarat MT di Ibu Pejabat parti di sini.

“Surat daripada Datuk Bobbey sampai ke Ibu Pejabat pada awal Julai lalu. Kita telah usaha memujuk beliau untuk kekal dalam Upko.

“Saya sendiri membuat rayuan termasuk secara terbuka namun beliau tetap dengan keputusannya.

“Majlis Tertinggi menghormati dan menerima peletakan Datuk Bobbey. We wish him all the best in his next endeavour,” tambah beliau.

Sementara itu, Bobbey telah dilihat hadir semasa pelancaran Gabungan Sabah Bersatu bulan lalu.

Namun, beliau belum lagi mengumumkan untuk menyertai mana-mana parti politik yang ada.-SabahNewsToday