Pilih Bahasa

Upko terima rakyat berbilang kaum selepas penjenamaan semula

Oleh Sabah News Today

PENAMPANG: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau memaklumkan penjenamaan semula parti itu telah menarik minat rakyat berbilang kaum di Sabah.

Menurutnya, parti itu mulai mendapat keahlian daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan Bajau Samah.

Ismail (kanan) tertarik sertai Upko kerana perjuangan aspirasi berbilang kaum. Beliau turut menyampaikan borang keahlian kepada Madius.-Gambar SNT/Ihsan Upko

“Hari ini kita telah menerima borang kemasukan ahli baru dari bekas Calon Parti Kerjasama Anak Negeri sabah di kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapor, Thomas Tsen Chau Yin; ahli politik veteran yang juga bekas ahli Berjaya, PBS dan Akar, Lee Thien Fook.

“Kita juga meneriman borang keahlian daripada Presiden Pertubuhan Budaya Seni Etnik Samah Sabah, Ismail Yusuf dan Setiausaha Perhubungan Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) Negeri Sabah, Shamiun Salleh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menerima borang kemasukan ahli baru di Ibu Pejabat Upko di sini, Khamis lalu.

Shamiun menyampaikan borang keahlian kepada Madius.-Gambar SNT/Ihsan Upko

Madius yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata sebanyak 420 borang keahlian baru diterima.

“Sebanyak 200 diterima daripada lima cawangan di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mengkabong, 30 orang dari PDM Nongkolud, PDM Penimbawan (100), PDM Gayang (30 orang), dan PDM Baru-Baru seramai 60 orang.

Sementara itu, Thomas Tsen berkata tindakan untuk menyertai Upko adalah didorong oleh hala tuju terkini perti berkenaan selepas penjenamaan semula baru-baru ini.

Madius menerima borang keahlian daripada Lee Thien Fook.-Gambar SNT/Ihsan Upko

“Saya tertarik dengan hala tuju Upko kearah memperkasakan semua kaum dan etinik yang ada di Sabah. Ia adalah sesuatu yang baik demi perpaduan pelbagai kaum yang ada di negeri ini,” katanya.

Upko telah melancarkan penjenamaan semula pada 7 Jun lepas merangkumi inti pati nama, logo dan bendera baharu.

Thomas Tsen menyampaikan borang keahlian kepada Madius.-Gambar SNT/Ihsan Upko

Penjenamaan semula itu menjurus kepada politik pembangunan iaitu satu gagasan perjuangan bercirikan global dan inklusif yang juga satu penghijrahan daripada politik perkauman kepada politik aspirasi rakyat berbilang kaum.-SabahNewsToday