Pilih Bahasa

Usaha bendung ajaran sesat perlu

Isnin (kanan) merakamkan kenangan dengan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali. – Gambar SNT/Ihsan Adun Klias

KOTA KINABALU: Tindakan mencegah daripada merawat lebih berkesan dalam membendung ajaran sesat di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias, Datuk Isnin Aliasnih berkata ini kerana ajaran sesat memberi kesan negatif terhadap perpaduan dan keharmonian negara dan rakyat.

“Saya menyokong enakmen ini kerana ajaran sesat amat penting untuk dibendung. Perpaduan dan keharmonian perlu untuk dipelihara,” katanya.

“Ajaran sesat perlu dibendung,” katanya ketika mengemukakan soalan pada pembentangan Rang Undang-Undang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Pindaan) 2019 ada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Bercakap pada hari kedua sidang itu, Isnin berkata ajaran sesat berasal daripada luar dan dibawa masuk ke negeri ini.

Katanya dengan adanya enakmen itu ia dapat membendung ajaran sesat dengan lebih awal. – SabahNewsToday