Pilih Bahasa

Usaha didik masyarakat mengenai larangan merokok berterusan

Oleh Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus berusaha untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan larangan merokok di premis makanan.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata usaha tersebut adalah sebagai pendorong dan motivasi kepada perokok selepas undang-undang itu ditangguhkan di negeri ini.

Frankie Poon. – Gambar fail SNT

“Kerajaan turut sedar terhadap hak-hak masyarakat yang tidak merokok dan perokok.

“Oleh itu, buat masa ini kerajaan memutuskan untuk tidak dikuatkuasa dan ditangguhkan sehingga akhir tahun ini.

“Dengan usaha ini, kita tidak mahu mendenda mereka tetapi membiasakan mereka untuk tidak merokok di premis makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KKKR), di Wisma Wanita, hari ini.

Jelasnya KKKR juga menyeru restoran-restoran makanan untuk mula menaikkan tanda larangan merokok di premis masing-masing.

“Oleh itu, kita berharap semua peniaga meletakkan tanda larangan merokok di premis masing-masing.

“Dengan usaha ini, perokok lebih bersedia menerima undang-undang baharu ini bila ia dikuatkuasakan sepenuhnya kelak,” jelasnya.

Tambahnya beliau juga akan membentangkan usul penguatkuasaan berkenaan di mesyuarat Kabinet akan datang dengan beberapa penambahbaikkan. -SabahNewsToday

-Tamat