Pilih Bahasa

Vitalis Moduying, pengarah baharu JPAS

Oleh Chris Maskilone

Gambar SNT/Ihsan Kementerian Pelancongan

SELAMAT DATANG … Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew (tengah) bersalaman dengan Pengarah baharu Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS) Vitalis Moduying (kanan).

Vitalis menggantikan Mohd Yusrie Abdullah (kiri) yang dinaikkan pangkat menjadi Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan.

Mohd Yusrie telah bersama dengan JPAS selama dua tahun empat bulan manakala Vitalis mula berkhidmat sejak penubuhan JPAS pada 1 Ogos 1998.

Vitalis merupakan Timbalan Pengarah JPAS sejak 2016.

Dalam pada itu Christina mengucapkan tahniah kepada Mohd Yusrie atas kenaikan pangkat dan mengalu-alukan Vitalis sebagai pengarah baharu JPAS.

JPAS merupakan agensi Kerajaan Negeri dibawah bidangkuasa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.-SabahNewsToday