Pilih Bahasa

Vivian paling sesuai mewakili rakyat Sandakan di Parlimen: Hannah

Oleh Chris Maskilone

SANDAKAN:  Tuduhan bahawa calon DAP Vivian Wong Shir Yee terlalu muda dan tiada pengalaman untuk menjadi Ahli Parlimen Sandakan adalah tidak terpakai, kata Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga, Hannah Yeoh.

Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata beliau berusia 29 tahun ketika mula berkecimpung dalam politik tanpa sebarang pengalaman.

Hannah Yeoh. Gambar SNT/Chris Maskilone

Tetapi Vivian berusia 30 tahun dan mempunyai beberapa tahun dalam politik setelah bekerja dengan mendiang bapanya Datuk Stephen Wong, katanya.

Menurut Hannah yang merupakan wanita pertama menjadi Speaker Dewan Undangan Selangor dari 2013 sehingga 2018, Vivian mempunyai kelebihan daripadanya berbanding ketika beliau bermula pada tahun 2008 dahulu.

Hannah berkata DAP mempunyai 41 ahli parlimen dan 108 ahli dewan undangan negeri seluruh negara dan 20 peratus daripada mereka ialah wanita.

“Tigapuluh peratus pula ialah belia atau berusia dibawah 40 tahun dan dikalangan ini 40 peratus adalah wanita,” katanya.

Malah, 21.7 peratus daripada 172,000 ahli DAP adalah dibawah 40 tahun.

Hannah berkata DAP juga mempunyai “mentoring system” yang membolehkan begitu ramai pemimpin muda termasuk wanita muncul.

“Saya percaya sekiranya Vivian terpilih, dia mampu memberi terbaik untuk Sandakan,” katanya.-SabahNewsToday