Pilih Bahasa

Wanita maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pusat beli belah

Oleh Alfred Petrus

Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita yang ditemui di kaki lima sebuah kompleks beli belah di Kota Kinabalu, sebentar tadi. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Seorang wanita dilaporkan maut dipercayai jatuh dari tempat letak kereta tingkat enam di pusat membeli belah Centre Point, hari ini.

Namun, punca kejadian masih belum diketahui sama ada membunuh diri ataupun ada unsur jenayah.

Anggota polis mengangkat mayat seorang wanita dipercayai jatuh dari tingkat enam di sebuah kompleks beli belah di Kota Kinabalu. – Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji turut mengesahkan kejadian terbabit ketika dihubungi SabahNewsToday.

“Kes berkenaan masih dalam siasatan polis. Maklumat lanjut berkenaan kejadian akan dikemas kini sehingga laporan polis dikeluarkan,” katanya. – SabahNewsToday