Pilih Bahasa

WARGA EMAS DILAPORKAN HILANG, BELUM DITEMUI

Oleh Alfred Petrus

BELURAN: Seorang warga emas berumur 84 tahun dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kembung di hutan berhampiran rumahnya di Kg Tandu Batu Kg Hujung Pulau Jambongan.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) beluran Rosemadian Majid berkata kejadian tersebut berlaku pada Ahad kira-kira pukul 2 petang.

Menurutnya laporan polis telah dibuat pada Isnin dan memaklumkan kepada pihak bomba berkenaan insiden tersebut pada Selasa jam 5.35 pagi.

Dalam pada itu, katanya BBP Beluran menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Namun, mangsa belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa. -SabahNewsToday