Pilih Bahasa

WARGA EMAS HILANG, DITEMUI SELAMAT

Oleh Alfred Petrus

Saidin Tarajim (berbaju hitam) ditemui selamat oleh anggota bomba selepas dilaporkan hilang kelmarin. Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA BELUD: Seorang lelaki warga emas ditemui selamat selepas dilaporkan hilang di hutan petang kelmarin.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud Derin Meridum berkata pihaknya menerima laporan bahawa mangsa Saidin Tarajim, 62, hilang berhampiran kebunnya di Kuala Abai.

“Operasi pencarian dilakukan di sekitar kebun milik mangsa bersama orang kampung.

“Mangsa berjaya ditemui di kaki bukit pada pukul 5.05 petang dalam keadaan selamat.

“Pasukan bomba kemudian bertindak membawa mangsa naik ke atas bukit seterusnya membawa ke kawasan perkampungan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Tambahnya operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.58 petang.

Sementara itu, katanya Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berkenaan pada pukul 3.37 petang.

Derin berkata pihaknya menggegaskan 12 orang anggota bersamanya ke lokasi. -SabahNewsToday