Pilih Bahasa

Warga politeknik digesa cipta lebih banyak produk inovatif

Oleh Mohd Nazllie Zainul

KOTA KINABALU: Warga politeknik di negeri ini diminta mencipta lebih banyak produk inovatif di peringkat nasional serta antarabangsa.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob berkata pihaknya percaya politeknik selaku salah sebuab imstitusi TVET mampu terus memainkan peranan penting dalam memupuk budaya inovasi dan kreativiti di kalangan pelajar menerusi penerapan budaya kreativiti pengajaran mahupun pembelajaran.

Jennifer mewakili Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob bagi merasmikan Pameran dan Pertandingan Projek, Inovasi dan Rekacipta Pelajar ke 19 (PROJEX 19) di Kota Kinabalu. -Gambar SNT/ Ihsan Penerangan

Yusof berkata inovasi kini menjadi penanda aras global dan pastinya menuntut penghasilan produk kreatif yang baharu, unik serta bermanfaat selain berfungsi sebagai pemangkin untuk kesejahteraan masyarakat.

“Kita sedia maklum produk inovasi amat diperlukan kini seiring dengan era Revolusi Perindustrian 4.0.

Jennifer (enam dari kanan) menyampaikan hadiah kepada pemenang keseluruhan Pameran dan Pertandingan Projek, Inovasi dan Rekacipta Pelajar ke 19 (PROJEX 19) di Kota Kinabalu. -Gambar SNT/ Ihsan Penerangan

“Revolusi ini membawa pelbagai cabaran baru kepada semua sektor dan tentunya penghasilan produk juga perlu berubah sejajar dengan transformasi digital untuk terus berdaya saing.

“Jika semua cabaran teknologi ini tidak mampu disaingi, kita mungkin akan tertinggal dengan negara maju lain.

“Oleh itu, kita yakin pelajar, pensyarah dan kakitangan semua politeknik di negeri ini mampu menghasil banyak produk inovasi yang sesuai diketengahkan dipasaran tempatan dan global,” katanya.

Para pemenang dalam kategori masing-masing menerima hadiah daripada Jennifer. Gambar SNT/Ihsan Penerangan

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perasmian Pameran dan Pertandingan Projek, Inovasi dan Rekacipta Pelajar ke 19 (PROJEX 19), dekat sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Jennifer Lasimbang.

Disertai 225 pelajar Politeknik Kota Kinabalu, pertandingan terbabit mengetengahkan rekacipta serta inovasi terbaik penuntut.

Para pemenang dalam kategori masing-masing menerima hadiah daripada Jennifer. Gambar SNT/Ihsan Penerangan

Dalam pada itu, juara keseluruhan pertandingan diberikan kepada produk EKSA Smart Recycle Bin yang dihasilkan oleh Haziq Syahmi Dua, Zulhikmah Zulkipli dan Hastrini M Salleh.

Kategori yang turut dipertandingkan termasuklah Pertandingan Poster Terbaik, Projek Inovasi TVET (Kejuruteraan), Projek Inovasi TVET (Bukan Kejuruteraan), Produk Pengkomersialan Terbaik, Aplikasi Inovatif Terbaik dan Gerai Terbaik.

Para pemenang dalam kategori masing-masing menerima hadiah daripada Jennifer. Gambar SNT/Ihsan Penerangan

Sementara itu, Yusof berkata penganjuran pertandingan seumpama itu mampu
menunjukkan tahap pemikiran, kreativiti dan inovasi yang tinggi dalam kalangan pelajar politeknik. -SabahNews Today