Pilih Bahasa

Warisan lantik Ahli Majlis Tertinggi baharu

Oleh Alfred Petrus

Mohd Shafie (tengah), Loretto (kiri), Peter dan Jaujan (kanan) pada sidang media pengumuman pelantikan Ahli Majlis Tertinggi Warisan. – Gambar SNT/Ihsan JKM

KOTA KINABALU: Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diadakan hari ini memutuskan pelantikan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) baharu parti berkenaan.

Ketua Menteri merangkap Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagi jawatan Ketua Penerangan Warisan baharu disandang oleh Datuk Dr Yusof Yacob.

“Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi juga kita telah putuskan pelantikan pemegang jawatan parti baharu dalam AMT.

“Bagi jawatan yang dikekalkan adalah Setiauasah Agung, Loretto S. Padua, Bendahari Terencce Siambun dan Ketua Wira, Datuk Mohd Azis Jamman.

Mohd shafie (tengah) bersama muka baharu AMT Warisan. – Gambar SNT/Ihsan JKM

“Kita juga telah melantik Ketua Penerangan yang baharu iaitu Datuk Dr Yusof Yacob yang juga Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar selepas memperngerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Warisan di Ibu Pejabat Parti Warisan, Kolombong, hari ini.

Katanya tujuh lagi AMT yang baharu dilantik termasuk Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk, Mohamaddin Ketapi serta Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli. – SabahNewsToday