Pilih Bahasa

Warisan Sepanggar teguh bersama pendirian Ketua Menteri: Azis

Oleh Zakaria Damit

KOTA KINABALU: Warisan Sepanggar menyokong pendirian Sabah kekal dengan tidak memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional.

Ketua Bahagian Warisan Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman berkata pihaknya tidak akan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional yang membentuk kerajaan daripada kerajaan pintu belakang.

Azis (tengah) dan Azhar bersama pimpinan Warisan Sepanggar. Gambar SNT/Zakaria Damit

Katanya, pemimpin Warisan sentiasa berpegang teguh kepada prinsip dan kekal bermaruah untuk bersama-sama pucuk pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

“Kita tidak boleh bekerjasama dengan parti Umno, kerana sikap kalangan pemimpin mereka yang sudah mempunyai rekod kesalahan rasuah sekaligus mereka menjadi penentang Warisan dalam PRU14 lalu.

“Jika PRU14 Warisan sebagai pembangkang mampu berkeupayaan menentang mereka inikan pulak ketika ini Sabah masih kekal sebagai kerajaan negeri uang dihormati oleh rakyat di negeri Sabah sehingga tamat panggal kelak,” katanya.

Antara mereka yang hadir di Majlis Penerangan Isu-Isu Semasa di perkarangan Pejabat Warisan Sepanggar hari ini. Gambar SNT/Zakaria Damit

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penerangan Isi-Isu Semasa di perkarangan Pejabat Warisan Bahagian Sepanggar pagi tadi.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Dan Perindustrian Sabah, Azhar Matussin.

Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata mengikut rekod negeri Kelantan telah menjadi pembangkang sejak sekian lama namun masih mampu mengurus ekonomi mereka, Sabah juga mempunyai pemimpin yang berkebolehan untuk mengurus hasil ekonomi negeri sendiri.

“Kita sebulat suara dalam perjumpaan hampir 45 minit (bertemu dengan pemimpin Warisan-UPKO-DAP-PKR) kita telah nyatakan bahawa kedudukan kita dan pendirian kita di peringkat negeri Sabah ialah kita akan terus beri sokongan kepada Tun M,” katanya.