Pilih Bahasa

WIRA SEPANGGAR BUAT LAPORAN POLIS

Oleh Zakaria Damit

NORAZMI (tengah) bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Wira Sepanggar membuat laporan polis di IPD, Kota Kinabalu, hari ini. Gambar SNT/Zakaria Damit

KOTA KINABALU: Wira Warisan Sepanggar hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu (IPD) berhubung kenyataan yang mengaitkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, disiarkan dalam sebuah portal berita baru-baru ini.

Ketuanya, Norazmi Alimat berkata beliau menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zainnal Ajamain seorang Aktivits Hak Sabah adalah bersifat mengelirukan serta tidak betul sekaligus mencemarkan nama dan prestasi Ketua Menteri Sabah.

Katanya, tindakan aktivis itu dilihat mencemarkan mana Parti Warisan Sabah (PWS) sekaligus kenyataan itu menjejaskan reputasi kerajaan negeri secara keseluruhannya.

“Kita lihat artikal yang dikeluarkan oleh aktivis ini dilihat sangat mempersoalkan prestasi Ketua Menteri sekarang dengan penyandang sebelumnya.

“Datuk Seri Shafie Afdal baru memegang lapan bulan tampuk pemerintahan. Mana boleh dibandingkan dengan sebelum…..kita sepatutnya bersabar serta berikan ruang secukupnya kepada Ketua Menteri untuk menyusun semula pentadbiran negeri ini,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sabahnewstoday.com di IPD Kota Kinabalu, hari ini.

Norazmi yang juga Exco Biro Undang-Undang Wira Sabah berkata, Saudara Zainnal Ajamain juga menyifatkan Ketua Menteri seperti “Terkebil-Kebil” meskipun mempunyai kuasa serta sokongan semua pihak kepadanya.

“Sebagai mewakili golongan muda khususnya di Sepanggar kami menyifatkan tindakan ini keterlaluan serta disifatkan mengelirukan orang ramai terhadap kepimpinan Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Norazmi berharap agar aktivis itu menarik semula kenyataan ini sekaligus memberikan masa yang secukupnya kepada Ketua Menteri untuk memacu kecemerlangan di masa depan.-SabahNewsToday