Pilih Bahasa

Wirawati Warisan lawat jentera Srikandi Bersatu

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

MEMBAKUT: Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Jo-Anna Sue Henley Rampas yang juga Timbalan Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) bersama Wirawati Warisan Kimanis telah mengadakan kunjungan ke Pejabat Bersatu Kimanis, Membakut.

Redonah dan Jo Anna Henley (duduk, tengah) bergambar kenangan bersama dengan jentera Srikandi Bersatu Sabah dan Srikandi Bersatu Kimanis di Pejabat Bersatu bahagian Kimanis, Membakut. – Gambar SNT/Ihsan Srikandi Bersatu

Rombongan itu telah disambut oleh Penolong Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Redonah Bahanda berserta jentera Srikandi Bersatu bahagian-bahagian yang berada di situ.

Pada PRK Kimanis ini, Srikandi Bersatu Sabah turut serta dalam kempen membantu calon Parti Warisan Sabah dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis.

Srikandi Bersatu Sabah menjadi Srikandi Angkat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri (Dun) Membakut yang mempunyai 13,435 pengundi dengan sembilan pusat daerah mengundi meliputi 51 lokaliti.

PRK Kimanis menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara calon Warisan, Datuk Karim Bujang dan Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin. – SabahNewsToday