Pilih Bahasa

Yakin raih sokongan pengundi Tanjung Kapor: Norlizah

KUDAT: Calon Parti Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Kapor, Norlizah Gurahman tekad untuk terus mendekati masyarakat dan tidak mahu mengalah sebelum berjaya dalam perjuangan beliau untuk mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Anak muda ini yang juga merupakan Naib Ketua Srikandi Bersatu Kudat mempamerkan kesungguhan untuk memberikan keyakinan kepada para pengundi bagi memilih beliau sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Norlizah (tengah) tidak kekok mendekati masyarakat tempatan di kawasan Tanjung Kapor, Kudat. – Gambar SNT/Ihsan Srikandi Kudat

“Saya mahu berusaha sedaya upaya saya kerana kepercayaan pucuk pimpinan parti kepada saya adalah amat besar dan saya tidak mungkin akan menghampakan kepercayaan yang diberikan ini.

“Saya yakin, walaupun saya adalah calon baharu dan wanita, namun pengundi pasti akan memilih saya jika mereka melihat kesungguhan saya,” katanya.

Calon wanita muda, berjuang untuk masyarakat dan suara wanita – Gambar SNT/Insan Srikandi Kudat

Dalam kempen pilihan raya ini,  Norlizah turut dibantu oleh jentera daripada PN serta Srikandi Bersatu.

“PN mahu terus berada di hati rakyat dan tidak terkecuali dengan semua penduduk di kawasan Tanjung Kapor ini,” katanya lagi.

Norlizah merupakan calon tunggal Srikandi Bersatu Sabah.

Turut sama membantu calon muda ini ialah Ketua Bahagian Bersatu, Kudat Datuk Rahim Bakri. – SabahNewsToday