Pilih Bahasa

Yayasan Afat Rahman giatkan aktiviti kebajikan

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

Awang Fauzi (dua dari kiri) memberi sumbangan kepada penerima bantuan asnaf di kawasan Papar. – Gambar SNT/Ihsan Yayasan Afat Rahman

PAPAR: Sebanyak 110 bungkusan barang dapur sumbangan Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Afat Rahman diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan di kawasan sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Manis di sini.

Pengasas yayasan tersebut, Awang Fauzi Ahmad Tarmizi berkata bantuan itu disumbangkan oleh beberapa badan korporat yang disalurkan kepada Yayasan Afat Rahman.

‘Program ini selaras dengan objektif penubuhan yayasan untuk bagi membantu membangunkan entiti kemasyarakatan dengan menyediakan kemudahan dan pertolongan kepada golongan miskin, kanak-kanak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya dan mangsa bencana alam tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. 

“Selain daerah Papar pihak Lembaga Pemegang Amanah Yayasan juga telah mengadakan siri jelajah di beberapa kawasan luar bandar di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Awang Fauzi berkata program sebegitu penting dalam mengenalpasti mana-mana pihak yang memerlukan bantuan sekaligus dapat meringankan kesusahan dan kesempitan hidup dialami golongan berkenaan.

Menurutnya program ziarah kasih itu diadakan dengan kerjasama Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Papar. – SabahNewsToday